Tarikh : 03 Mac 2019
 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta

: Setiausaha, Majlis Penggurusan Komuniti Kampung (MPKK) - Kampung Tui, Kampung Kechik, Kampung Sawah Laku & Kampung Bukit Bendar Mukim Bukit Kepong.

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan adalah bagi memperkenal dan mendedahkan kepada peserta terhadap teknologi internet masa kini dan kemudahan pencarian sesuatu maklumat yang tersedia serta sumbangannya kepada manusia.

Aktiviti

Seawal kelas peserta diberikan penekanan terhadap kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang menekankan aspek keselamatan data di alam siber serta risiko-risiko yang dihadapi pengguna internet masa kini selain ketulenan sesuatu maklumat yang terdapat di alam siber. Seterusnya peserta diperkenalkan kepada enjin carian melalui aplikasi Google search dan diajarkan teknik mencari sesuatu maklumat yang diperlukan sebelum dimuat turun dan digunakan. Ketulenan sesuatu maklumat diberikan penekanan dalam kelas yang dijalankan dan para peserta diajarkan teknik Copy dan Paste sesuatu maklumat yang diperlukan dan melakukan kemasan terhadap sesuatu kertas kerja yang disediakan.

Gambar di sini