Tarikh : 18 Januari 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS, Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar disamping menjadikan persekitaran ICT yang sihat dan selamat serta menjadi pengguna ICT yang bijak dan berketerampilan.

Aktiviti

Di permulaan aktiviti, para pelajar diberikan taklimat berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan. Para pelajar juga diberikan penerangan ringkas terhadap aplikasi Dashboard Komuniti yang dilihat sebagai salah satu medium komunikasi komuniti yang berkesan dan mampu meningkatkan tahap pembangunan pelbagai aspek terutamanya kepada masyarakat luar Bandar. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana merangkumi 20 kumpulan keseluruhannya dan diberikan tugasan mencari abjad-abjad Klik Dengan Bijak yang tersembunyi di ruangan penggunaan Pusat Internet mengikut masa yang telah diperuntukkan. Seterusnya para pelajar dibawa ke perkarangan Pusat Internet bagi menjalani aktiviti Bola Beracun sebelum kesemua para pelajar menjalani pertandingan Smart Draw yang dijalankan secara berkumpulan. Setelah tamat pertandingan tersebut, para pelajar diberikan taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak yang diselangselikan bersama soalan-soalan kuiz secara rawak bagi menguji pemahaman dan penguasaan para pelajar terhadap taklimat yang diberikan. Aktiviti seterusnya adalah sesi menjalani Kuiz Klik Dengan Bijak di Laman Page Facebook KDB MCMC yang mana menuntut peserta menjawab penuh kaji selidik dan soalan-soalan yang tersedia. Diakhir sesi, dijalankan pula aktiviti penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan dan kuiz-kuiz yang dijalankan sebelum sesi bergambar bersama petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong.

Gambar di sini