Tarikh : 22 & 30 Januari 2019
 Masa : 4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS Dan Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Pemantapan Bahasa Melayu ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran Bahasa Melayu khusus untuk pelajar peringkat awal kanak-kanak dengan melatih pelajar menggunakan latihan-latihan tertentu sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar seawalnya diterapkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pendedahan kepada aplikasi Dashboard Komuniti. Sebagai permulaan kepada topic pembelajaran, pelajar didedahkan kepada laman web pendidikan yang berkualiti bagi pendidikan awal kanak-kanak antaranya abcya.com dan uptoten.com yang mana pelajar diberikan penerangan tentang segmentasi-segmentasi tertentu mengikut keksesuaian pembelajaran. Permainan di dalam pendidikan adalah teras yang digunapakai dalam menarik minat dan perhatian para pelajar dengan visual-visual dan audio-audio animasi tertentu. Seterusnya para pelajar diajar dan didedahkan kepada teknik penggunaan suku kata dengan betul dan mengeja sesuatu perkataan melalui modul latihan yang disediakan. Melalui modul latihan tersebut, para pelajar diminta melaksanakan sesuatu tugasan berdasarkan modul yang telah dipelajari dan menyiapkan latihan tersebut dengan penilaian yang diberikan diakhir kelas.

Gambar di sini