Tarikh : 02, 03, 06, 08, 23 & 26 Januari 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari dan 3.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS, Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah, Wanita Dan Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sawah Laku Bukit Kepong.

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada para pelajar terhadap teknologi ICT masa kini merangkumi asas perkakasan computer dan pemprosesan perkataan yang dilihat sangat membantu dalam pelbagai aspek kehidupan manusia antaranya pembangunan tahap pendidikan para pelajar dan perlaksaan sesuatu tugasan.

Aktiviti

Seperti kebiasaannya seawal kelas para pelajar dan peserta didedahkan kepada Aplikasi Dashboard Komuniti dan kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penekanan kepada modul-modul tertentu yang disediakan. Seterusnya para pelajar dan peserta diperkenalkan kepada teknologi computer masa kini yang mana ianya meliputi pengenalan kepada perkakasan computer sehingga ke perisisan-perisian yang boleh dimanfaatkan seperti aplikasi pemprosesan perkataan Microsoft Office Word. Para pelajara dan peserta didedahkan kepada teknik asas menaip sehingga mampu menyiapkan tugasan menaip yang disediakan sebelum diperkenalkan kepada menu-menu yang tersedia di dalam aplikasi tersebut seperti menu Home, Insert, Page Layout dan sebagainya. Setelah diperkenalkan kepada menu-menu tersebut, para pelajar dan peserta diajarkan untuk mempraktikkan menu-menu yang telah diperkenalkan sebelum melaksanakan latihan-latihan asas yang disediakan dengan dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas.

Gambar di sini