Tarikh : 25 Januari 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS Dan Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih serta memahirkan pelajar dalam mencipta imej animasi dalam sesuatu tugasan melalui aplikasi Microsoft Office word.

Aktiviti

Permulaan kelas para pelajar didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan alplikasi Dashboard Komuniti. Sesi pembelajaran bermula apabila para pelajar didedahkan kepada aplikasi Microsoft Offoce Word beserta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Para pelajar diajarkan teknik-teknik memasukkan sesuatu lakaran shapes melalui menu insert dan diajarkan mencipta sesuatu bentuk tertentu melalui kombinasi lakaran-lakaran shapes yang ada. Sebagai latihan, para pelajar diminta mencipta satu imej animasi berbentuk kupu-kupu dengan menggunakan lakaran shapes berdasarkan kreativiti masing-masing. Proses mencipta imej animasi tersebut dipantau dan dibantu oleh petugas sehingga siap dan menghasilkan imej imej kupu-kupu yang menarik.

Gambar di sini

 Tarikh : 18 Januari 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS, Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar disamping menjadikan persekitaran ICT yang sihat dan selamat serta menjadi pengguna ICT yang bijak dan berketerampilan.

Aktiviti

Di permulaan aktiviti, para pelajar diberikan taklimat berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan. Para pelajar juga diberikan penerangan ringkas terhadap aplikasi Dashboard Komuniti yang dilihat sebagai salah satu medium komunikasi komuniti yang berkesan dan mampu meningkatkan tahap pembangunan pelbagai aspek terutamanya kepada masyarakat luar Bandar. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana merangkumi 20 kumpulan keseluruhannya dan diberikan tugasan mencari abjad-abjad Klik Dengan Bijak yang tersembunyi di ruangan penggunaan Pusat Internet mengikut masa yang telah diperuntukkan. Seterusnya para pelajar dibawa ke perkarangan Pusat Internet bagi menjalani aktiviti Bola Beracun sebelum kesemua para pelajar menjalani pertandingan Smart Draw yang dijalankan secara berkumpulan. Setelah tamat pertandingan tersebut, para pelajar diberikan taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak yang diselangselikan bersama soalan-soalan kuiz secara rawak bagi menguji pemahaman dan penguasaan para pelajar terhadap taklimat yang diberikan. Aktiviti seterusnya adalah sesi menjalani Kuiz Klik Dengan Bijak di Laman Page Facebook KDB MCMC yang mana menuntut peserta menjawab penuh kaji selidik dan soalan-soalan yang tersedia. Diakhir sesi, dijalankan pula aktiviti penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan dan kuiz-kuiz yang dijalankan sebelum sesi bergambar bersama petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong.

Gambar di sini

 Tarikh : 06 Januari 2019
 Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Belia

 

Tujuan

Tujuan kelas dijalankan adalah untuk mendedahkan peserta kepada teknologi komunikasi berkesan masa kini dan sumbangannya kepada manusia.

Aktiviti

Seawal kelas peserta diberikan penekanan terhadap kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan didedahkan kepada aplikasi Dashboard Komuniti. Seterusnya peserta diperkenalkan kepada jenis-jenis komunikasi dan fungsi bagi setiap satunya peserta juga didedahkan kepada salah satu medium komunikasi formal iaitu emel. Peserta diajarkan teknik-teknik membuka akaun gmail dan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membuka akaun emel tersebut. Setelah peserta Berjaya mencipta akaun gmail, peserta didedahkan kepada teknik mencipta sesuatu hantaran emel melalui menu-menu dan fungsi-fungsi tertentu yang terdapat di dalam platform tersebut. Peserta juga pada akhirnya diajar mencipta sesuatu hantaran emel dan mengaplikasikan fungsi “lampiran” sebelum menghantar emel tersebut kepada penerima tertentu.

Gambar di sini

 Tarikh : 11 Januari 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Tujuan kelas ini dijalankan adalah bagi melatih dan mendidik para pelajar dalam menghasilkan sesuatu kraf dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan berpandukan kepada pembelajaran atas talian seperti Youtube dan sebagainya.

Aktiviti

Seperti kebiasaannya sebelum memulakan sebarang aktiviti dan kelas, para pelajar didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan aplikasi Dashboard Komuniti. Sebagai permulaan kelas, para pelajar dipertontonkan kepada beberapa klip video tutorial penghasilan sesuatu kraf yang berasaskan kertas warna di aplikasi Youtube.com. Para pelajar kemudianya diberikan penerangan ringkas tentang kraf yang bakal dicipta menggunakan peralatan dan bahan-bahan yang disediakan. Pelajar juga diajarkan secara langkah demi langkah sehingga terhasilnya kraf bunga yang berasaskan kertas warna yang menarik.

Gambar di sini

 Tarikh : 19 & 20 Disember 2018
 Masa : 7.30 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah, Wanita, Belia, Usahawan dan komuniti Bukit Kepong secara keseluruhannya.

 

Tujuan

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2018 ini dijalankan bertujuan memperkenalkankan kepada komuniti terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet termasuk perkhidmatan terbaru pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan. Ianya juga secara langsung telah mendedahkan aplikasi Dashboard Komuniti secara keseluruhannya dan membawa mesej Pusat Internet sebagai agen atau suatu pusat sehenti yang membantu dalam agenda pembangunan komuniti secara keseluruhannya.

Aktiviti

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2018 ini telah bermula sehari awal iaitu pada 19 Disember 2018 yang mana telah dijalankan taklimat tentang Dashboard Komuniti dan pertandingan MyShop, MyKomuniti dan MyPlace. Di hari berlangsungnya program utama iaitu pada 20 Disember 2018, seawal jam 7.30 pagi memperlihatkan ketibaan para pengunjung yang mendaftar dan menyertai Aktiviti Senamrobik sebelum aktiviti Berjalan 10,000 Langkah dimulakan. Perjalanan 10,000 langkah ini meliputi perjalanan sekitar kawasan Kampung Raja Bukit Kepong dengan pemantauan skuad-skuad keselamatan yang dilantik. Selepas itu, dijalankan pula Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan merangkumi pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah yang dikelolakan oleh Petugas Pusat Internet dengan kerjasama KOSPEN Kawasan Bukit Kepong. Sementara itu, dijalankan juga Aktiviti Pemeriksaan Gigi oleh Unit Pergigian Hospital Pakar Sultanah Aminah Muar dan Aktiviti Suntikan Vaksin TB yang dikelolai oleh Klinik Kesihatan Lenga selain dijalankan secara serentak Aktiviti Memberus Gigi Beramai-ramai yang melibatkan pelajar Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah. Selepas itu, program diceriakan lagi dengan Pertandingan Mewarna Poster Kempen Sihat yang melibatkan kanak-kanak dan dalam masa yang sama dijalankan juga Pertandingan Mewarna Poster Sihat yang melibatkan golongan dewasa dan ibu bapa. Sementara itu, Pertandingan Menu Sihat giat dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet kampung Raja dan Pertandingan Makan Biskut yang melibatkan peserta remaja. Sebagai penutup segala pertandingan yang direncanakan, dijalankan pula Kuiz Kahoot Kesihatan yang dikelolakan oleh Petugas Pusat Internet yang melibatkan semua peserta yang hadir. Setelah selesai kuiz tersebut, telah dijalankan pula Taklimat Penyalahgunaan Dadah Dan Merokok yang disampaikan oleh Petugas dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Muar, Taklimat Pemakanan Sihat dari Petugas Klinik Kesihatan Lenga, Taklimat Pergigian yang disampaikan oleh Petugas Unit Pergigian Hospital Pakar Sultanah Aminah Daerah Muar dan Taklimat Advokasi E-Waste dan Keselamatan Banjir dari Petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong. Selepas semua taklimat disampaikan oleh agensi-gensi yang terbabit, Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2018 ini sampai ke acara kemuncak yang dimulai dengan Majlis Bacaan Doa pimpinan En. Mulyadi Bin Punari selaku Imam Surau Al-Azim Kampung Raja Bukit Kepong. Selepas itu, mengambil tempat menyampaikan ucapan adalah En. Muhamad Aidil Aziz Bin Hanafi selaku Penghulu Mukim Bukit Kepong seterusnya merasmikan Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2018. Program diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta-peserta pertandingan dan kuiz-kuiz yang dijalankan serta penyampaian cenderahati Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong kepada VIP dan agensi-agensi yang terbabit sebelum para VIP dan petugas-petugas agensi serta para peserta program dijamu dengan makan tengahari yang disediakan.

Gambar di sini