Tarikh | : 18 Disember 2018 |
Masa | : 4.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah Dan Tabika |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran pelajar secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti abcya.com dan Uptoten.com dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran sesuatu subjek.
Aktiviti
Pelajar didedahkan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu abcya.com dan Uptoten.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran kanak-kanak. Seterusnya pelajar didedahkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut para pelajar menjawab persoalan-persoalan animasi berkaitan dengan pembelajaran secara langkah demi langkah. Melalui pembelajaran ini juga, keterampilan para pelajar akan dinilai berdasarkan segmen pendengaran, kefahaman, ejaan dan sebagainya dan akan diberikan markah diakhir segmen.