Tarikh | : 19 & 20 Disember 2018 |
Masa | : 7.30 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah, Wanita, Belia, Usahawan dan komuniti Bukit Kepong secara keseluruhannya. |
Tujuan
Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2018 ini dijalankan bertujuan memperkenalkankan kepada komuniti terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet termasuk perkhidmatan terbaru pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan. Ianya juga secara langsung telah mendedahkan aplikasi Dashboard Komuniti secara keseluruhannya dan membawa mesej Pusat Internet sebagai agen atau suatu pusat sehenti yang membantu dalam agenda pembangunan komuniti secara keseluruhannya.
Aktiviti
Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2018 ini telah bermula sehari awal iaitu pada 19 Disember 2018 yang mana telah dijalankan taklimat tentang Dashboard Komuniti dan pertandingan MyShop, MyKomuniti dan MyPlace. Di hari berlangsungnya program utama iaitu pada 20 Disember 2018, seawal jam 7.30 pagi memperlihatkan ketibaan para pengunjung yang mendaftar dan menyertai Aktiviti Senamrobik sebelum aktiviti Berjalan 10,000 Langkah dimulakan. Perjalanan 10,000 langkah ini meliputi perjalanan sekitar kawasan Kampung Raja Bukit Kepong dengan pemantauan skuad-skuad keselamatan yang dilantik. Selepas itu, dijalankan pula Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan merangkumi pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah yang dikelolakan oleh Petugas Pusat Internet dengan kerjasama KOSPEN Kawasan Bukit Kepong. Sementara itu, dijalankan juga Aktiviti Pemeriksaan Gigi oleh Unit Pergigian Hospital Pakar Sultanah Aminah Muar dan Aktiviti Suntikan Vaksin TB yang dikelolai oleh Klinik Kesihatan Lenga selain dijalankan secara serentak Aktiviti Memberus Gigi Beramai-ramai yang melibatkan pelajar Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah. Selepas itu, program diceriakan lagi dengan Pertandingan Mewarna Poster Kempen Sihat yang melibatkan kanak-kanak dan dalam masa yang sama dijalankan juga Pertandingan Mewarna Poster Sihat yang melibatkan golongan dewasa dan ibu bapa. Sementara itu, Pertandingan Menu Sihat giat dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet kampung Raja dan Pertandingan Makan Biskut yang melibatkan peserta remaja. Sebagai penutup segala pertandingan yang direncanakan, dijalankan pula Kuiz Kahoot Kesihatan yang dikelolakan oleh Petugas Pusat Internet yang melibatkan semua peserta yang hadir. Setelah selesai kuiz tersebut, telah dijalankan pula Taklimat Penyalahgunaan Dadah Dan Merokok yang disampaikan oleh Petugas dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Muar, Taklimat Pemakanan Sihat dari Petugas Klinik Kesihatan Lenga, Taklimat Pergigian yang disampaikan oleh Petugas Unit Pergigian Hospital Pakar Sultanah Aminah Daerah Muar dan Taklimat Advokasi E-Waste dan Keselamatan Banjir dari Petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong. Selepas semua taklimat disampaikan oleh agensi-gensi yang terbabit, Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2018 ini sampai ke acara kemuncak yang dimulai dengan Majlis Bacaan Doa pimpinan En. Mulyadi Bin Punari selaku Imam Surau Al-Azim Kampung Raja Bukit Kepong. Selepas itu, mengambil tempat menyampaikan ucapan adalah En. Muhamad Aidil Aziz Bin Hanafi selaku Penghulu Mukim Bukit Kepong seterusnya merasmikan Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2018. Program diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta-peserta pertandingan dan kuiz-kuiz yang dijalankan serta penyampaian cenderahati Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong kepada VIP dan agensi-agensi yang terbabit sebelum para VIP dan petugas-petugas agensi serta para peserta program dijamu dengan makan tengahari yang disediakan.