Tarikh : 11 Disember 2018
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

 

Tujuan

Tujuan kelas dijalankan adalah untuk mendedahkan peserta kepada teknologi komunikasi berkesan masa kini dan sumbangannya kepada manusia.

Aktiviti

Di dalam kelas tersebut, peserta pada awalnya diperkenalkan kepada jenis-jenis komunikasi dan fungsi-fungsinya. Seterusnya peserta diperkenalkan kepada komunikasi melalui emel. Peserta diajarkan teknik-teknik membuka akaun gmail dan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membuka akaun emel. Setelah mempunyai akaun gmail, peserta didedahkan kepada teknik mencipta sesuatu emel melalui menu-menu dan fungsi-fungsi tertentu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Peserta juga pada akhirnya diajar mencipta sesuatu emel dan mengaplikasikan fungsi “lampiran” sebelum menghantar emel tersebut kepada penerima tertentu.

Gambar di sini