Tarikh : 11 Julai 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Wanita & Usahawan

 

Tujuan

Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk mengenalpasti masalah kesihatan peserta termasuk kesihatan kulit dan menyaran cadangan rawatan yang perlu dilakukan terhadap masalah tersebut dalam konteks penjagaan kesihatan secara keseluruhannya.

Aktiviti

Aktiviti yang diseliakan oleh Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong itu dimulakan dengan pendaftaran dan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma (MyHealth) yang mana juga dikendalikan oleh petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong. Modul gaya hidup yang sihat diterapkan melalui penerangan dan taklimat ringkas yang disampaikan oleh petugas termasuk dari aspek pemakanan yang sihat, sosial dan gaya hidup, senaman, aspek kebersihan serta pengambilan produk-produk kesihatan yang selamat dan berkualiti. Aktiviti diteruskan dengan taklimat kesihatan yang disampaikan oleh Petugas Amway yang diselang-selikan dengan demonstrasi kesihatan serta produk-produk dari Amway yang dilihat sangat berkualiti dan dijamin selamat untuk digunakan. Aktiviti kemuncak ialah pemeriksaan dan analisis kesihatan yang dijalankan menggunakan alat khas iaitu Quantum Body Scanner yang mampu menganalisis pelbagai jenis penyakit di dalam tubuh manusia dan cadangan rawatan serta pengambilan nutrisi yang bersesuaian. Di akhir aktiviti para peserta dijamu dengan menu makan tengahari yang disediakan.

Gambar di sini