Tarikh : 19 Oktober 2019
 Masa : 8.30 Pagi - 11.30 Pagi
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Komuniti Orang Asli Kampung Bukit Panjang

 

Tujuan

Tujuan program adalah untuk menambahkan keyakinan diri dengan ajaran Islam melalui pemantapan perkara asas Fardu Ain dan amalan-amalan wajib yang perlu dilaksanakan sebagai seorang muslim.

Aktiviti

Sebagai permulaan, aktiviti dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Saudari Raudhah Binti Ab Ghani selaku Penggerak Masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Panjang (JAKIM) sebelum Petugas PI mengambil tempat memberikan pengenalan dan penerangan tentang Pusat Internet dan fungsinya kepada komuniti setempat. Penerangan ini juga merangkumi kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kelas-kelas dan kursus-kursus ICT yang dijalankan dari masa ke semasa. Aktiviti diteruskan dengan pengenalan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Over Sharing, Online Grooming, Maklumat Palsu dan Penipuan Perbankan dengan tayangan video-video yang berkaitan disusuli penerangan kepada modul tersebut. Kemudiannya aktiviti diteruskan dengan Senaman Otak yang dijalankan sebelum para peserta diberikan penerangan dan perincian kepada perkara-perkara asas Fardu Ain oleh Saudari Raudhah. Penerangan yang diberikan disusuli dengan tayangan video-video keagamaan yang dilihat menggamit hati para peserta yang mana juga merangkumi perkara-perkara yang wajib dilaksanakan oleh seorang mulsim. Aktiviti diteruskan dengan Pertandingan Tulisan Jawi dan Bola Beracun yang dilihat memeriahkan suasana sebelum aktiviti penyampaian hadiah dijalankan. Selain daripada itu, dijalankan juga aktiviti pemeriksaan kesihatan melalui modul MyHealth yang mana dikelolai oleh Petugas PI sebelum para peserta menikmati jamuan ringkas yang disediakan.

Gambar di sini