Tarikh | : 04 November 2019 |
Masa | : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Tahun 5 SK Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan penganjuran program adalah bagi mendedahkan kepada para pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah akan pentingnya aspek keselamatan diri mahupun keselamatan data peribadi dialam siber dengan teori-teori dan contoh-contoh kes yang diterapkan.
Aktiviti
Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini dimulakan tepat jam 10.30 pagi dengan sedikit senaman dan tarian ringkas bagi tujuan melahirkan suasana dan mood ceria para pelajar berdasarkan paparan video klip di Smart Board. Program advokasi ini disasarkan kepada semua 24 orang pelajar Tahun 5 dengan penerangan teori-teori KDB serta contoh-contoh kes yang berlaku dialam siber berpandukan klip video disusuli peneranan yang diberikan. Kandungan slot juga diselitkan dengan kuiz kefahaman tentang Klik Dengan Bijak (KDB) dimana para pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan diberikan beberapa soalan kuiz dan aktiviti secara berkumpulan untuk dibentangkan secara berkumpulan. Selain itu, pelajar juga diberikan peluang menjawab soalan-soalan rawak dari petugas berkenaan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan hadiah. Pelajar juga didedahkan kepada kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet selain kelas-kelas dan kursus-kursus ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa. Program ini mendapat sambutan yang amat baik dari para pelajar yang terlibat selain guru-guru yang sentiasa menyokong matlamat Pusat Internet secara keseluruhannya.