Tarikh | : 19 September 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas Multimedia Paint ini bertujuan peserta dapat membuat hasil yang kreatif melalui lukisan di atas elektronik. Menghasilkan Bendera Malaysia sempena Hari Malaysia. Dan juga melahirkan minda IQ yang tinggi melalui sistem pembelajaran online melalui quizizz.com. Memupuk rasa patriotic dan semangat cintakan Negara.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang Hari Malaysia seterusnya memberi tunjuk ajar cara membuat bendera Malaysia melalui Paint. Selepas siap petugas membuat kuiz melalui website Quizizz, 3 pusingan quizizz dijalankan yang mana menguji minda pelajar, antaranya soalan berkaitan Malaysia, budaya Malaysia dan Soalan tentang Negeri Johor.