Tarikh : 19 Februari 2021
Masa  : 9.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat  : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong
Peserta  : Belia & Wanita

 

Tujuan

Kursus pengendali makanan ini mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan memberi tunjuk ajar asas panduan dan ilmu amalan pengendali makanan dengan selamat. Kebersihan dan keselamatan makanan juga ditekankan sepanjang latihan berlangsung.

Aktiviti

Kursus ini di jalankan secara atas talian menggunakan aplikasi ZOOM dan telefon pintar. Program ini dijalankan dalam 4 modul mengikut syarat keperluan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Modul pertama iaitu tentang pengenalan (kuasa perundangan, kepentingan kebersihan dan keselamatan makan serta kepentingan menjaga kebersihan. Modul kedua asas kebersihan makan, modul ketiga asas keselamatan makanan dan modul keempat iaitu factor kritikal keracunan. Setiap peserta juga wajib menjawab setiap soalan pada slot modul.

Gambar disini

Tarikh : 24 Februari 2021
Masa  : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat  : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong
Peserta 

: Ahli Kumpulan Facebook Dan Kumpulan Whatapp

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pembelajaran secara online cara membuat peta minda menggunakan aplikasi xmind.

Aktiviti

Petugas PIK Kg Raja Bukit Kepong membuat hebahan kepada komuniti di laman page facebook dan melalui youtube. Petugas membuat rakaman video melalui aplikasi Xmind. Setelah rakaman video siap, petugas membuat hebahan kepada media social.

Gambar disini

 Tarikh : 5 Februari 2021
 Masa : 9.30 Pagi – 12.30 Tengahari
 Tempat : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Kursus Seminar Gempur SPM online ini anjuran MSD Digital Intelligence. Tujuan Seminar adalah untuk membantu Pelajar-Pelajar SPM untuk membuat persediaan Peperiksaan pada bulan Februari 2021.

Aktiviti

Sebagai permulaan, para pelajar diberikan penerangan tentang kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan pendedahan kepada modul-modul Online Grooming beserta contoh-contoh kes yang pernah berlaku. Seterusnya pelajar mendengat seminar melalui aplikasi Zoom. Petugas PIK membuka  zoom melalui paparan di SmartBoard. Pelajar memberi sepenuh perhatian sepanjang seminar itu, terdapat nota dan latihan dibuat. Terdapat teknik yang  mudah dan berkesan bagi pelajar mengikuti subjek fizik.

Gambar disini

Tarikh : 4 Februari 2021
Masa  : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat  : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong
Peserta  : Komuniti Bukit Kepong

 

Tujuan

Dengan adanya Pandemik covid-19, pembelajaran dan aktiviti dijalankan secara online, petugas membuat kuiz melalui google form. Pendekatan pembelajaran atas talian sangat penting, agar pendidikan dapat disalurkan secara berterusan kepada komuniti.

Aktiviti

Pengurus PIK telah membuat video berkaitan ewaste dan hebahan video berkenaan melalui Facebook Pages, youtube serta WhatsApp komuniti. Seterusnya, petugas membuat soalan-soalan di google form, sebanyak 20 soalan untuk dijawap oleh peserta.Setelah soalan di siap, petugas menghantar di group whatsapp komuniti PI kg Raja. Peserta yang terawal menjawap jawapan dengan tepat dikira pemenang.

Gambar disini

 Tarikh : 21 Januari 2021
 Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
 Tempat : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Ahli Dalam Facebook Page PIK Kg Raja Bukit Kepong

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi info dan kesedaran kepada ibu bapa serta komuniti tentang penggunaan telefon pintar kepada anak-anak.

Aktiviti

Petugas PIK Kg Raja Bukit Kepong membuat hebahan kepada komuniti di laman page facebook  dan melalui youtube tentang panduan penggunaan telefon pintar kepada anak-anak dan tip-tip setelah anak kita mendapat telefon pintar. Penekanan Klik Dengan Bijak amat dititikberatkan oleh petugas agar komuniti dapat mempelajari dan menjadikan ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak.

Gambar disini