Tarikh | : 10 Disember 2020 |
Masa | : 3.00 Petang – 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas Pemantapan Jawi bertujuan untuk mengajar dan memberi kaedah jawi dengan mudah,serta belajar menggunakan computer seperi melalui quizizz.
Aktiviti
Permulaan kelas pelajar dibuka video di youtube mengenai huruf hujaiyah alif ba ta, selepas itu pelajar dikehendaki menyebut huruf hijaiyah. Petugas juga mengjar tentang huruf vocal, suku kata tertutup dan suku kata terbuka. Pelajar membuat Salinan nota yang telah diberikan oleh petugas. Selepas pelajar memahami, mereka perlu menjawab soalan jawi di web Quizizz.com.
Tarikh | : 12 Disember 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi – 1.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia & Wanita |
Tujuan
Kursus pengendali makanan ini mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan memberi tunjuk ajar asas panduan dan ilmu amalan pengendali makanan dengan selamat. Kebersihan dan keselamatan makanan juga ditekankan sepanjang latihan berlangsung.
Aktiviti
Kursus ini di jalankan secara atas talian menggunakan aplikasi ZOOM dan telefon pintar. Program ini dijalankan dalam 4 modul mengikut syarat keperluan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Modul pertama iaitu tentang pengenalan (kuasa perundangan, kepentingan kebersihan dan keselamatan makan serta kepentingan menjaga kebersihan. Modul kedua asas kebersihan makan, modul ketiga asas keselamatan makanan dan modul keempat iaitu factor kritikal keracunan. Setiap peserta juga wajib menjawab setiap soalan pada slot modul.
Tarikh | : 5 Disember 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah dan IPT |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan bertujuan untuk memberi ilmu asas pembelajaran Prinsip akaun kepada pelajar yang mengikuti pelajaran ini.
Aktiviti
Penolong Pengurus PIK Kg Raja mengajar tentang beberapa topik asas dalam pembelajaran Prinsip akaun iaitu catatan bergu, definisi asset, liability equity pemilik, cara membuat catatan bergu dan akaun T.
Tarikh | : 13 Disember 2020 |
Masa | : 3.00 Petang – 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran Latih Tubi Matematik ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran subjek asas Matematik pelajar dengan melatih pelajar mengaplikasikan laman tertentu seperti Quizizz.com sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.
Aktiviti
Permulaan kelas pelajar di ajar menggunakan teknik yang mudah dalam menyelesaikan kaedah matematik. Antara teknik di ajar ialah operasi tambah (teknik sandwich), operasi tolak (teknik geng 10), operasi sifir ( teknik GL/GP), operasi darab (teknik kekisi), dan operasi bahagi (teknik gear). Setiap operasi di ajar, pelajar dikehendaki menjawab 10 soalan bagi memastikan kefahaman pelajar.
Tarikh | : 7 Disember 2020 |
Masa | : 4.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Kelas ini di adakan untuk memberi tunjuk ajar cara mempromosikan perniagaan melalui shopee, selain itu mempromosikan melalui youtube.
Aktiviti
Pelajar membuka laman web shopee, dan membuat penambahan produk pernigaan, seterusnya, petugas PIK membuat rakaman video untuk suntingan mempromosikan produk beliau dalam youtube. Peserta juga dijadikan sebagai kisah kejayaan PIK Kg Raja Bukit Kepong.