Tarikh   : 12 Disember 2020
 Masa  : 10.00 Pagi – 1.00 Tengahari
 Lokasi  : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong
 Peserta  : Belia & Wanita

 

Tujuan

Kursus pengendali makanan ini mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan memberi tunjuk ajar asas panduan dan ilmu amalan pengendali makanan dengan selamat. Kebersihan dan keselamatan makanan juga ditekankan sepanjang latihan berlangsung.

Aktiviti

Kursus ini di jalankan secara atas talian menggunakan aplikasi ZOOM dan telefon pintar. Program ini dijalankan dalam 4 modul mengikut syarat keperluan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Modul pertama iaitu tentang pengenalan (kuasa perundangan, kepentingan kebersihan dan keselamatan makan serta kepentingan menjaga kebersihan. Modul kedua asas kebersihan makan, modul ketiga asas keselamatan makanan dan modul keempat iaitu factor kritikal keracunan. Setiap peserta juga wajib menjawab setiap soalan pada slot modul.

Gambar di sini