Tarikh | : 13 Disember 2020 |
Masa | : 3.00 Petang – 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran Latih Tubi Matematik ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran subjek asas Matematik pelajar dengan melatih pelajar mengaplikasikan laman tertentu seperti Quizizz.com sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.
Aktiviti
Permulaan kelas pelajar di ajar menggunakan teknik yang mudah dalam menyelesaikan kaedah matematik. Antara teknik di ajar ialah operasi tambah (teknik sandwich), operasi tolak (teknik geng 10), operasi sifir ( teknik GL/GP), operasi darab (teknik kekisi), dan operasi bahagi (teknik gear). Setiap operasi di ajar, pelajar dikehendaki menjawab 10 soalan bagi memastikan kefahaman pelajar.