Tarikh | : 26 November 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita & Belia |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan mendedahkan dan mendidik para peserta terhadap cara membuat dodol yang mudah dan pembuatan mee Maggie secara homemade yang berpotensi untuk dipasarkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Aktiviti
Di permulaan aktiviti, petugas membuat persiapan dari segi kamera dan kelengkapan demo masakan. Petugas membuat Facebook secara langsung melalui page PI kg Raja Bukit Kepong.Dan aplikasi ZOOM. Petugas iaitu pengurus PI membuat demo masakan dodol yang mudah dengan menggunakan periuk tekanan noxxa, seterusnya dengan aplikasi zoom petugas membuat cara membuat mee Maggie homemade.