Tarikh | : 04 April 2021 |
Masa | : 09.00 Pagi – 1.00 Tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Kelas rekabentuk infografik e-buletin ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat serta platform maklumat yang sangat membantu dalam kehidupan masa kini.
Aktiviti
Seawal kelas peserta didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta peranan bagi setiap satunya. Seterusnya peserta diberikan sedikit penerangan berkenaan teknologi maklumat di alam siber termasuk kepentingan dan sumbangannya kepada manusia selain risiko yang perlu dihadapi oleh pengguna. Peserta diberikan penekanan terhadap aspek ketulenan dan kesahihan sesuatu laman web melalui modul Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang diberikan sebelum memulakan sesuatu tugasan. Peserta di ajar tentang membuat infografik untuk bulletin dengan menggunakan MS Powerpoint, selain itu peserta juga di ajar menggunakan formatting lazim, copy fond, canva, showeet, sumber percuma.
Tarikh | : 07 April 2021 |
Masa | : 3.00 Petang – 5.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Kelas Website ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih para pelajar memanfaatkan teknologi ICT masa kini dalam melaksanakan sesuatu tugasan dengan lebih mudah dan efektif.
Aktiviti
Sebagai permulaan kelas, peserta diperkenalkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul-modul tertentu dengan contoh-contoh kes yang berlaku di Malaysia. Pertama sekali, pelajar perlu ke akaun google untuk melayari terus laman google form, pelajar di bawa ke laman seterusnya, terdapat dua pilihan, sama ada google form untuk peribadi atau untuk “bisnes”. Pelajar juga perlu memilih template google form atau boleh buat sendiri melalui ‘blank’. Petugas juga mengajar edit template boring, pilih soalan responden, mengajar upload gambar dalam borang dan juga mengajar peserta untuk dapatkan link google form. Pelajar dapat mempelajari dengan baik.
Tarikh | : 25 April 2021 |
Masa | : 2.30 Petang – 3.30 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Bukit Kepong |
TUJUAN
- 1. Melaksanakan dan menjayakan aktiviti tahunan bersama komuniti
- 2. Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara PIK dan Komuniti
- 3. Menggalakkan komuniti melibatkan aktiviti –aktiviti kreatif dan daya berfikir
- 4. Mengembangkan bakat terpendam peserta
- 5. Mendapatkan ahli baru dan meningkatkan pengikut di media social milik PIK
Aktiviti
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan saguhati pertandingan video kreatif di sertai seramai 21 peserta. Majlis dimulakan bacaan doa oleh Imam Surau Kg Raja, iaitu En. Imam Mulyadi Ponari. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan ringkas dari pengurus PIK iaitu Pn.Noor Edayati. Selepeas itu, keputusan pertandingan Video Kreatif yang mendapat ‘LIKE’ terbanyak dikira sebagai pemenang. Majlis berjalan dengan lancar.
Tarikh | : 23 & 24 April 2021 |
Masa | : 9.00 Pagi – 4.15 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru,cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu. sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan.
Aktiviti
23 April 2021-kelas e-tuisyen Sains tingkatan 3
Hanya seorang peserta yang mengambil subjek sains ini. Pelajar menggunakan platform online zoom.Pelajar perlu sign in email bagi mendapatkan link zoom.
24 April 2021 – kelas e-tuisyen matematik (tahun 6 & 5) sains (tahun 6 &5) Bahasa Enggeris (tahun 6)
Seramai 3 orang pelajar yang telah mengikuti kelas pada tarikh ini. Pada permulaannya mereka perlu membuka email, bagi mendapatkan link. Sepanjang pembelajaran kelas online kesemua pelajar focus dan mendapat nota bagi memudahkan pembelajaran secara online. Di akhir kelas pelajar diwajibkan untuk menjawab google form tentang tahap kepuasan kelas e-tuisyen.
Tarikh | : 20hb Mac 2021 |
Masa | : 3.00 Petang – 5.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Memberi kemahiran kepada peserta tentang e-coomerce bagi memudahkan peserta membuat perniagaan secara Online.
Aktiviti
Tutorial e-commerce ini dibuat oleh Petugas PIK Kluster Pontian, PIK Kg raja telah menghadiri tutorial ini secara online Facebook. Banyak aspek dan ilmu yang diperolehi melalui tutorial ini.