Tarikh : 12 September 2020
 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari 
 Lokasi : Pusat Internet Kg Raja, Bukit Kepong 
 Peserta : Belia, Wanita & Dewasa

 

Tujuan

Tujuan latihan diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada para peserta terhadap situasi ekonomi pada masa sekarang dan cabaran kelangsungan hidup masa kini serta kaedah-kaedah mengatasi permasalahan tersebut melalui teknik berbelanja dengan bijak.

Aktiviti

Latihan Keusahawanan ini dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai situasi ekonomi semasa yang perlu dihadapi oleh semua peringkat umur yang mana memerlukan formula tepat bagi mengatasi bebanan tersebut. Melalui formula dan teknik perbelanjaan bijak yang dianjurkan, para peserta didedahkan kepada cabaran untuk berfikir dengan lebih kritis berkenaan perbelanjaan bulanan yang mana selain mampu menjimatkan kos ianya juga mampu menjana pendapatan sekaligus mampu menampung kos sara hidup semasa.

Gambar di sini