Tarikh : 10 September 2020
 Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang 
 Lokasi : Pusat Internet Kg Raja, Bukit Kepong 
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah 

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran pelajar secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti Lingohut.com dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran Bahasa Inggeris para pelajar.

Aktiviti

pelajar didedahkan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu Lingohut.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran kanak-kanak khususnya dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Pelajar diperkenalkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut pelajar menjawab persoalan-persoalan berbentuk terjemahan sesuatu perkataan dan ayat di dalam Bahasa Malaysia. Melalui pembelajaran ini juga, keterampilan pelajar akan dinilai berdasarkan segmen pendengaran, kefahaman, ejaan dan sebagainya. Model pembelajaran berteraskan audio dan visual animasi menjadikan suasana pembelajaran yang ceria dan menarik minat pelajar.

Gambar di sini