Tarikh : 2 November 2020 
 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang 
 Lokasi : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong 
 Peserta : Belia & Wanita

 

Tujuan

Aktiviti pertandingan deko ini PI Kg Raja berkerjasama dengan pejabat RISDA Muar, mencungkil bakat peserta dan mengisi masa lapang peserta, selain itu ianya dapat membantu peserta membuka peluang dalam membuat perniagaan.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan Petugas Pusat Internet mengambil tempat dimana para peserta diberikan penerangan berkenaan Pusat Internet termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kursus-kursus serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa. Para peserta juga didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Seterusnya, ucapan kata-kata penghargaan dari penyelia RISDA kepada peserta. Aktiviti seterusnya pertandingan menghias kek mengikut kreativiti masing-masing, setiap kek mestilah ada perkataan KDB, satu kek mewakili 2 peserta. Pemenang menghias kek dimenangi oleh Pn.Norafizah dan cik. Nor Afifah.

Gambar di sini.