Tarikh : 22 Oktober 2020 
 Masa : 12.00 Tengahari - 2.00 Petang 
 Tempat : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong 
 Peserta : Guru KEMAS Zon Kepong 

 

Tujuan

Aktiviti ini, adalah satu platform sukarelawan ICT (MIV) bagi membina pembangunan literasi digital yang mampan serta dapat membangunkan komuniti yang celik ICT. Selain itu, kempen “ Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong”.

Aktiviti

Para guru dari 9 buah tabika KEMAS Zon Kepong telah mendaftarkan diri. Permulaan aktiviti, Pengurus PI iaitu Pn. Noor Edayati memberikan pengenalan tentang perkhidmatan PI, pengenalan MIV. Seterusnya penerangan tentang Advokasi Klik Dengan Bijak seperti slot risiko dalam talian, oversharing, maklumat palsu, penipuan kewangan, hak tanggungjawab & perlindungan, kawal selia kendiri dan Grooming. Setelah slot diberi, tayangan video klik dengan bijak juga dipamerkan. Selepas itu, para peserta diakhiri dengan soalan kuiz, untuk menguji sejauhmana kefahaman mereka tentang slot yang diberikan. Kuiz Klik dengan Bijak melalui Quizizz.com.

Gambar di sini.