Tarikh | : 18 Disember 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan bertujuan untuk memberi ilmu asas pembelajaran Bahasa English serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti Lingohut.com dan quizizz.com dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran Bahasa Inggeris para pelajar.
Aktiviti
Pengurus PIK Kg Raja mengajar tentang beberapa topik asas dalam pembelajaran English iaitu simple present tense & past tense,verbs, personal pronouns, possessive pronouns dan conjunction. Pelajar juga menyalin nota yang di beri oleh petugas. Seterusnya para pelajar didedahkan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu Lingohut.com dan quizizz.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran kanak-kanak khususnya dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Para pelajar diperkenalkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut para pelajar menjawab persoalan-persoalan berbentuk terjemahan sesuatu perkataan di dalam Bahasa Malaysia. Melalui pembelajaran ini juga, keterampilan para pelajar akan dinilai berdasarkan segmen pendengaran, kefahaman, ejaan dan sebagainya. Model pembelajaran berteraskan audio dan visual animasi menjadikan suasana pembelajaran yang ceria dan menarik minat para pelajar.