Tarikh : 4 Oktober 2020 
 Masa : 3.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong 
 Peserta : Pelajar SPM & Lepasan Sekolah 

 

Tujuan

Kelas ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Power Point untuk menghasilkan pembentangan yang menarik. Asas teknologi maklumat dengan membuat emel dan melalui aplikasi canva.com agar memahirkan pelajar dalam menjadikan lagi individu yang kreativiti dengan mengunakan ICT.

Aktiviti

Sebagai permulaan kelas, para pelajar diberikan penerangan berkenaan kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penerangan keselamatan data peribadi dan contoh-contoh kes yang berisiko kepada pengguna atas talian. Selain daripada itu, para pelajar didedahkan juga kepada perisian Microsoft Office Power Point dimana para pelajar diterangkan kepada fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut dan diberikan peluang untuk mengaplikasikannya ke dalam tugasan yang diberikan berdasarkan arahan demi arahan beserta tujuk ajar secara langkah demi langkah. Diperingkat akhir para pelajar diberikan peluang untuk menambahbaik serta memasukkan nilai kreativiti masing-masing ke dalam tugasan persembahan agar lebih menarik dan kreatif. Para pelajar diberikan penilaian disetiap akhir kelas.Pembelajaran seterusnya adalah membuat akaun gmail dan membuat multimedia yang kreatif melalui canva.com. 

Gambar di sini.