Tarikh : 18hb & 24hb Julai 2020 
 Masa : 3.00 Petang- 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong 
 Peserta : Belia, Wanita

 

Tujuan

Kelas Multimedia Editing Filmora ini dijalankan bertujuan memperkenal dan melatih peserta dalam mencipta dan menyunting sesuatu video melalui imej-imej yang dikehendaki.

Aktiviti

Pada awalnya, petugas memberi penerangan tentang pertandingan video  kraftangan merdeka yang akan berlansung pada bulan ogos 2020. Peserta seterusnya diperkenalkan kepada aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan untuk mencipta dan menyunting sesuatu video serta contoh hasil video yang telah tercipta. Sesi kelas diteruskan dengan pengenalan kepada aplikasi Filmora yang dilihat kian popular digunakan untuk mencipta sesuatu video. Peserta didedahkan kepada menu-menu yang tersedia dan teknik mengaplikasikan menu tersebut sebelum diberikan peluang mencipta video yang dikehendaki mengikut keperluannya. Peserta diajarkan secara langkah demi langkah dengan penekanan kepada nilai kualiti dan kreativiti sehingga terciptanya video yang dikehendaki. Selain penggunaan PC peserta juga memuat naik aplikasi melalui telefon pintar.

Gambar di sini