Tarikh | : 20 Disember 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi -12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Tabika KEMAS & Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar disamping menjadikan persekitaran ICT yang sihat dan selamat dalam usaha menjadi pengguna ICT yang bijak dan berketerampilan.
Aktiviti
Di permulaan aktiviti, para pelajar diberikan taklimat berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan secara keseluruhannya. Sebagai permulaan, para pelajar menjalani pertandingan Fast Typing yang mana dijalankan sebanyak tiga pusingan dan pemarkahan diambil berdasarkan jumlah patah perkataan yang ditaip dengan betul dalam masa yang telah ditetapkan. Seterusnya dijalankan pula Pertandingan Quizizz Advokasi dengan bijak (KDB) yang mana para pelajar perlu menjawab soalan-soalan berkaitan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) secara atas talian berdasarkan soalan-soalan yang telah ditetapkan petugas di Quizizz.com. Pemarkahan diambil berdasarkan jumlah jawapan yang betul dan kepantasan para pelajar dalam menjawab soalan tersebut. Sebagai pertandingan berkumpulan pula, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani Pertandingan Musang Berjanggut yang menuntut setiap kumpulan untuk mengasingkan campuran kacang-kacang mengikut jenis. Pemarkahan diambil berdasarkan kepantasan kumpulan menyiapkan tugasan tersebut. Seterusnya dijalankan pula Pertandingan Cup Challenge dimana para pelajar perlu menterbalikkan cawan plastic yang disusun secara panjang dengan melompat dari satu cawan ke cawan yang lain. Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang terpantas. Sebagai pertandingan terakhir, para pelajar menjalani Pertandingan Lompat Gegelung yang menuntut setiap ahli kumpulan melompat ke dalam gelung yang telah disusun mengikut cabaran tertentu dan kumpulan terpantas yang berjaya melepasi gelung terakhir dikira sebagai pemenang pertandingan. Sebagai kemuncak aktiviti, para pelajar menjalani sesi penyampaian hadiah bagi setiap pemenang pertandingan dan kuiz yang dijalankan sebelum sesi bergambar secara beramai-ramai.