Tarikh : 20 Mac 2019
 Masa : 7.30 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS Zon Bukit Kepong, Pelajar Sekolah Rendah, Wanita, Belia, Usahawan dan Komuniti Bukit Kepong secara keseluruhannya.

 

Tujuan

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 ini dijalankan bertujuan memperkenalkankan kepada komuniti terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet. Ianya juga secara langsung telah mendedahkan aplikasi Dashboard Komuniti secara keseluruhannya dan membawa mesej Pusat Internet sebagai agen atau suatu pusat sehenti yang membantu dalam agenda pembangunan komuniti secara keseluruhannya.

Aktiviti

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 ini dijalankan se-awal jam 7.30 pagi dimana telah dijalankan aktiviti senamrobik secara beramai-ramai yang melibatkan komuniti setempat. Rentetan daripada itu, dijalankan juga aktiviti sukaneka kategori terbuka dan berpasangan yang menceriakan suasana di hari program. Sementara itu, dijalankan serentak ialah aktiviti pemeriksaan kesihatan MyHealth secara percuma yang dikelolakan secara kerjasama oleh pihak KOSPEN dan skuad Pusat Internet yang dilantik yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah selain suntikan Vaksin TB yang dikelolakan oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Lenga. Selain daripada itu, diadakan juga booth dan pameran dari agensi-agensi yang dijemput antaranya RISDA Daerah Muar, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Muar, Agrobank Cawangan Labis dan Ar-Rahnu YaPIEM Cawangan Bukit Gambir selain dibuka juga CarBoothSale oleh peniaga-peniaga kawasan setempat. Dalam pada itu, dijalankan juga pertandingan mencipta Origami terbuka lelaki dan wanita yang menghangatkan lagi suasana sebelum dijalankan pertandingan Fast Typing terbuka lelaki dan wanita serentak dengan pertandingan Silang Kata Klik Dengan Bijak (KDB) yang melibatkan pelajar Sekolah Rendah. Sekitar jam 10.15 pagi, dijalankan pula pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tabika KEMAS bagi Zon Bukit Kepong yang dilihat menceriakan suasana sebelum semua para pengunjung diberikan Taklimat Usahawan Tempatan yang terpilih dikalangan usahawan berjaya didikan Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong. Selepas itu, dijalankan pula taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang disampaikan oleh petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong sebelum tibanya ke upacara rasmi pada hari tersebut. Pada sebelah tengahari, nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Bangsa Johor bergema menandakan telah tiba saat perasmian Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 yang disusuli dengan Bacaan Doa yang diketuai oleh Imam Surau An-Nur Kampung Raja Bukit Kepong, En. Mulyadi Bin Punari. Rentetan daripada itu, Penghulu Mukim Bukit Kepong, En. Muhammad Aidil Aziz Bin Hanafi mengambil tempat memberikan taklimat dan ucapan seterusnya merasmikan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019. Selepas itu, dijalankan pula acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan serta hadiah cabuhan bertuah sebelum para pengunjung dan VIP dijamu dengan makanan tengahari yang disediakan sebelum sesi bergambar yang dijadualkan.

Gambar di sini