Tarikh  : 11 November 2018
 Masa  : 8.30 Pagi - 11.30 Pagi
 Lokasi  : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta  : Pelajar Tahun 6 SK Bukit Kepong

 

Tujuan

Tujuan penganjuran program adalah bagi mendedahkan kepada para pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah akan pentingnya aspek keselamatan diri mahupun keselamatan data peribadi dialam siber dengan teori-teori dan contoh-contoh kes yang diterapkan.

Aktiviti

Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan sedikit senaman dan “Tarian Ceria” para pelajar berdasarkan paparan video klip di Smart Board. Program advokasi ini disasarkan kepada semua 25 orang pelajar Tahun 6 dengan penerangan teori-teori KDB serta contoh-contoh kes yang berlaku dialam siber. Kandungan slot juga disusuli dengan kuiz kefahaman tentang Klik Dengan Bijak (KDB) dimana para pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan diberikan beberapa soalan kuiz dan aktiviti secara berkumpulan. Selain itu, pelajar juga diberikan peluang menjawab soalan-soalan rawak dari petugas berkenaan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan hadiah. Pelajar juga didedahkan kepada kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet selain di Perpustakaan Desa Kampung Raja dan di Pusat Komuniti Desa Bukit Kepong. Program kerjasama antara tiga agensi ini mendapat sambutan yang amat baik dari para pelajar yang terlibat selain guru-guru yang sentiasa menyokong matlamat Pusat Internet secara keseluruhannya.

Gambar di sini