Tarikh : 01 & 14 Disember 2018
 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Setiausaha, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong

 

Tujuan

Kelas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word melalui menu-menu tersedia.

Aktiviti

Peserta diberi penerangan mengenai Microsoft Office Word dan fungsinya seterusnya dibimbing mencipta sesuatu tugasan iaitu surat rasmi melalui menu-menu tersedia termasuk Home, Insert dan sebagainya. Peserta diajarkan secara langkah demi langkah termasuk bentuk dan format surat rasmi yang bersesuaian seterusnya mencipta surat tersebut dengan mengaplikasikan menu-menu tertentu mengikut kehendak dan kesesuaian surat. Ketelitian dalam surat menjadi penekanan utama yang diberikan.

Gambar di sini