Tarikh : 17 Oktober 2018
 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi : Bilik Mesyuarat, Komplek Penghulu Mukim Bukit Kepong.
 Peserta : Petugas Jabatan Pertanian Daerah Muar, Petugas RISDA Daerah Muar, Petugas PELADANG Daerah Muar, Petugas LKIM Daerah Muar Ahli-ahli Jawatankuasa yang dilantik.

 

Tujuan

Tujuannya mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan progres Program Taklimat Bantuan & Insentif Projek Pembangunan Pertanian & Industri Asas Tani 2018 yang bakal dianjurkan dan isu-isu yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan program tersebut.

Aktiviti

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dr. Sahruddin Bin Haji Jamal, Exco Kesihatan, Alam Sekitar Dan Pertanian Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Kepong ini dimulai dengan proses pengenalan ringkas terhadap program yang akan dilaksanakan termasuk slot-slot penerangan dan pameran yang bakal diadakan disamping aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Mesyuarat  diteruskan dengan proses perlantikan ahli jawatankuasa program serta pembahagian tugasan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat. Selain itu mesyuarat juga merangkumi perbincangan mengenai aturcara dan progres program serta cadangan-cadangan yang berkaitan dan bersesuaian dengan program.

Gambar di sini