Tarikh : 26 Mac 2018
 Masa : 7.45 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Perkarangan Pusat Khidmat Komuniti, Bukit Kepong.
 Peserta : Klinik Kesihatan Lenga Dan KOSPEN, Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Usahawan IKS dan komuniti Bukit Kepong amnya.

 

Tujuan

Program Pemimpin Bersama Rakyat & Free Market 2018 anjuran Puteri UMNO Bahagian Pagoh ini disertai bagi tujuan mempromosikan PI1M dan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan selain memperkenal dan mendedahkan kepada pengunjung terhadap program-program dan kempen-kempen serta kelas-kelas dan kursus-kursus yang dijalankan oleh Pusat Internet 1Malaysia termasuk Kelas ICT, Aplikasi Dashboard Komuniti dan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) secara keseluruhannya.

Aktiviti

Program Pemimpin Bersama Rakyat & Free Market 2018 yang bermula seawal jam 7.45 pagi ini diceriakan dengan aktiviti Zumba bersama komuniti dengan tenaga pelatih yang dijemput khas. Program disusuli dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan bagi komuniti dan ibu mengandung yang diseliakan oleh Klinik Kesihatan Lenga dan KOSPEN kawasan setempat dengan penyertaan pengunjung yang amat menggalakkan dan diluar jangkaan. Program diserikan lagi dengan aktiviti penyerahan cermin mata percuma kepada yang memerlukan dan diselingkan dengan aktiviti Celit ICT selain jualan barangan keperluan dengan harga yang bersubsidi sebelum acara kemuncak iaitu majlis perasmian program yang disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ismail Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Bukit Serampang. Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja mengambil tempat melaksanakan aktiviti promosi dengan memperkenal Pusat Internet 1Malaysia dan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan selain kursus-kursus, kelas-kelas, aktiviti-aktiviti serta program-program yang dijalankan termasuk Aplikasi Dashboard PI1M dan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

29542543 1578153748969247 5838223817692432539 n 29572238 1578159535635335 5068028314769653085 n

 Tarikh : 26 Mac 2018
 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi : Balairaya Kampung Sawah Laku, Bukit Kepong.
 Peserta : Wanita & IKS Mukim Bukit Kepong

 

Tujuan

Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk mendidik dan menerapkan budaya penyediaan dan pemakanan dengan cara yang sihat kepada para peserta serta mementingkan kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan sesuatu makanan dalam usaha pengamalan gaya hidup yang sihat.

Aktiviti

Bengkel diseliakan oleh seorang tenaga pengajar dari KEMAS Kawasan Pagoh dengan mengajar dan menerangkan teknik yang betul dalam menu masakan chicken nuget selain inovasi yang boleh diterapkan di dalam masakan tersebut. Teori yang diberikan disusuli dengan praktikal mengikut kreativiti masing-masing.

IMG 20180326 145925 IMG 20180326 150605 1

 Tarikh : 19 Mac 2018
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Usahawan - Muhamad Fadli Bin Jantan

 

Tujuan

Tujuan latihan dijalankan adalah untuk mendidik dan memahirkan peserta dari segi pemasaran di dalam perniagaan dan mendedahkan peluang yang boleh dicapai melalui kuasa media sosial khususnya melalui medium MyShop.

Aktiviti

Latihan dimulakan dengan mendedahkan peserta kepada media sosial dan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Melalui media, peserta diajarkan cara mengiklankan sesuatu produk dengan lebih cekap dan berkesan serta berdaya saing yang tinggi. Antaranya medium yang diberi keutamaan ialah melalui modul MyShop. Peserta juga diajarkan cara mendapatkan info-info serta peluang-peluang yang baru yang mana mampu menjadikan sesuatu perniagaan itu lebih berpotensi.

IMG 20180306 080426 IMG 20180306 080600

 Tarikh : 21 Mac 2018
 Masa : 12.00 Tengahari - 1.00 Petang
 Lokasi : Bilik Mesyuarat, Pusat Komuniti Bukit Kepong.
 Peserta : Mesyuarat melibatkan UMNO Kawasan Bukit Kepong, Ketua-ketua Kampung Mukim Bukit Kepong, JKKK, Pusat Komuniti Bukit Serampang, Klinik Kesihatan Lenga, Sekolah Kebangsaan Bukit Kepong, Pusat Internet 1Malaysia dan Usahawan.

 

Tujuan

Tujuannya mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan progres Mesyuarat Penyelarasan Program Pemimpin Bersama Rakyat & Free Market 2018 yang bakal dianjurkan dan isu-isu yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan program tersebut.

Aktiviti

Mesyuarat ini dimulai dengan proses pengenalan ringkas terhadap program yang akan dilaksanakan dan diteruskan dengan proses perlantikan ahli jawatankuasa program serta pembahagian tugasan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat. Selain itu mesyuarat juga merangkumi perbincangan mengenai aturcara dan progres program serta cadangan-cadangan yang berkaitan dan bersesuaian dengan program.

29432911 1573125552805400 8450204127446695936 n 29467878 1573125319472090 2746311413159952384 n

 Tarikh : 16 Mac 2018
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas Asas Microsoft Office Word ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan pelajar dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan menu-menu yang tersedia di Microsoft Office Word.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan mengenai Microsoft Office Word dan fungsinya seterusnya dibimbing mencipta sesuatu tugasan melalui menu Insert.

IMG 20180316 110109 IMG 20180316 113643