Tarikh : 07 Mac 2018
 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Wanita & IKS

 

Tujuan

Tujuan penganjuran kelas ini adalah bagi melatih dan mendidik para peserta dalam menghasilkan kraf 3D Flower dengan bahan-bahan yang disediakan berpandukan pembelajaran atas talian iaitu melalui medium-medium tertentu seperti Youtube dan sebagainya.

Aktiviti

Sebelum kelas dimulakan, para peserta diberikan peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma melalui modul MyHealth dan aktiviti muat turun aplikasi Dashboard Komuniti ke telefon pintar. Seterusnya peserta diberikan penerangan ringkas tentang kraf 3D Flower yang perlu dihasilkan dengan bahan-bahan yang disediakan berpandukan pembelajaran atas talian seperti tutorial di Youtube.com. Para peserta diberikan masa untuk menyiapkan kraf mengikut kreativiti masing-masing dan hasil kraf yang terbaik diberikan hadiah sebagai pemenang.

Gambar disini