Nama     : Muhammad Syamil Bin Shaharuddin

Umur      : 15 Tahun

Ahli         : 2017

Latar belakang

Muhammad Syamil merupakan pelajar tingkatan 5 di sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepong, Muar. Beliau merupakan anak ke-4 dari 6 adik beradik dan merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan perkembangan teknologi ICT . Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia ICT masa kini banyak membantu generasi kanak-kanak dalam pelbagai aspek terutama di dalam pendidikan mahupun sosial. Justeru perkembangan dunia ICT ini dimanfaatkan oleh beliau terutamanya dalam pencarian maklumat-maklumat yang diperlukan dalam sesuatu tugasan persekolahannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dalam NADI, beliau menyatakan amat sukar untuk mencari bahan rujukan, dan kurang mahir dalam komputer dan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui penglibatan Muhammad Syamil dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Makluman Nasional (NADI) Kg Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT, pembelajaran STEM dan juga Artificial Inteligence(AI). Kemudahan yang tersedia di NADI juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas NADI Kg Raja, Muhammad Syamil kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.Beliau juga aktif dalam aktiviti sekolah, dan mahir berkomunikasi serta aktif bersukan.Beliau juga sering mengikuti kelas computer setiap minggu yang dianjurkan NADI Kg Raja Bukit Kepong.

 

Untitled design 2