Tarikh : 01 April 2018
 Masa : 4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran secara atas talian serta melatih para pelajar mengaplikasikan laman tertentu dalam mengulangkaji serta menjalankan latihan akademik serta mencari maklumat yang diperlukan sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar didedahkan kepada teknik penggunaan dan penguasaan sesuatu pembelajaran secara atas talian melalui sesuatu laman web dengan tujuan mendapatkan sumber maklumat tambahan bagi sesuatu matapelajaran. Melalui enjin carian Google Search, pelajar diajarkan cara mendapatkan sesuatu maklumat dan memasukkan maklumat tersebut ke Microsoft Office Word sebelum dicetak sebagai sumber tambahan pembelajaran. 

Gambar disini