Tarikh : 06 Mac 2018
 Masa : 5.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran melalui tutorial yang diberikan serta melatih para pelajar menggunakan laman tertentu bagi mengulangkaji serta menjalankan latihan secara atas talian dengan nilai-nilai dan etika penggunaan ICT yang baik dan berhemah.

Aktiviti

Pelajar diberikan tutorial secara praktikal yang mana memerlukan kreativiti masing-masing untuk  menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu pelajar juga didedahkan kepada aplikasi dan teknologi ICT masa kini sebagai rujukan tambahan dalam menambahbaik teknik pembelajaran akademik masing-masing. Pelajar juga diterapkan nilai-nilai etika dan keselamatan dalam dunia siber melalui Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

IMG 20180306 173001 IMG 20180306 173013