Tarikh : 12 April 2018
 Masa : 4.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Usahawan / Wanita

 

Tujuan

Tujuan latihan dijalankan adalah untuk mendidik dan mendedahkan kepada peserta tentang salah satu komponen promosi perniagaan iaitu kad perniagaan. Kad perniagaan merupakan salah satu teknik memperkenal dan mempromosi produk dan perkhidmatan bagi sesuatu perniagaan dimana ianya merupakan tanggapan awal pelanggan terhadap sesuatu perniagaan. 

Aktiviti

Latihan dimulakan dengan menerang dan mendedahkan kepada peserta kepada komponen promosi dalam sesuatu perniagaan dan factor-faktor kejayaan sesuatu promosi. Kad perniagaan merupakan salah satu komponen perniagaan yang penting dan merupakan agen yang mencipta tanggapan pelanggan terhadap sesuatu  perniagaan. Peserta diberikan contoh-contoh kad perniagaan yang baik dan diajar mencipta kad perniagaan dengan mengaplikasikan teknologi ICT dan media masa kini dengan menyunting imej-imej tertentu dan memasukkan maklumat-maklumat perniagaan ke dalam kad perniagaan.

Gambar disini