Tarikh / Masa
10 November 2017 / 3.00 Petang - 5.00 Petang
Tujuan
Tujuan kelas dijalankan adalah untuk mendidik dan memahirkan peserta dari segi pemasaran di dalam perniagaan dan mendedahkan peluang yang boleh dicapai melalui kuasa media sosial.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan mendedahkan peserta dengan media sosial dan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Melalui media sosial yang ada, peserta diajarkan cara mengiklankan sesuatu produk dengan lebih cekap dan berkesan serta berdaya saing yang tinggi. Peserta juga diajarkan cara mendapatkan info-info serta peluang-peluang yang baru yang mana mampu menjadikan sesuatu perniagaan itu lebih berpotensi.