Tarikh / Masa
23 November 2017 / 2.00 Petang - 4.00 Petang
Tujuan
Tujuan penganjuran program adalah untuk mendidik para peserta untuk menjalankan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang baik.
Aktiviti
Program diseliakan oleh Petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja Bukit Kepong dengan mengajar dan menerangkan teknik yang betul dalam menu masakan Roti Sushi dan Sandwich Crab selain bahan makanan lain yang boleh diterapkan di dalam masakan tersebut. Teori yang diberikan disusuli praktikal pelajar mengikut kreativiti masing-masing.