Tarikh | : 01 Mac 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Balai Surau Kampung Raja, Bukit kepong. |
Peserta | : Wanita Dan IKS Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk mendidik dan memahirkan para peserta dalam seni masakan Apam Susu dengan teknik pemakanan yang berasaskan kesihatan. Melalui teknik yang betul, hasil masakan juga berpotensi tinggi untuk dipasarkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Aktiviti
Bengkel diseliakan oleh seorang tenaga pengajar dari Risda Bahagian Pagoh dengan mengajar dan menerangkan teknik yang betul dalam menu masakan Apam Susu selain seni yang boleh diterapkan di dalam masakan tersebut. Teori yang diberikan disusuli praktikal pelajar mengikut kreativiti masing-masing.