Tarikh / Masa

02 November 2017 / 11.00 Pagi - 1.00 Petang

Tujuan

Tujuan penganjuran adalah bagi mendedahkan kepada para pelajar-pelajar peringkat menengah akan pentingnya aspek keselamatan diri mahupun keselamatan data peribadi dialam siber dengan teori-teori dan contoh-contoh kes yang diterapkan.

20171031 114400 IMG 20171102 WA0013 

Aktiviti

Program Advokasi Klik Dengan Bijak ini disasarkan kepada semua pelajar tingkatan 3 dengan penerangan teori-teori KDB serta contoh-contoh kes yang berlaku dialam siber. Kandungan slot juga disusuli dengan kuiz kefahaman tentang KDB dimana para pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan diberikan beberapa soalan dan kuiz berkumpulan serta perlu membincangkan jawapan kepada soalan tersebut di dalam kumpulan. Jawapan yang dikumpul akan diteliti  oleh petugas PI1M dan kumpulan yang menjawab dengan pemarkahan tertinggi akan diberikan hadiah.