Tarikh : 15 April 2018
 Masa : 8.30 Pagi - 11.30 Pagi
 Lokasi : Tabika KEMAS Kampung Tui 1, Bukit Kepong.
 Peserta : Ahli Jawatankuasa KEMAS Zon Kepong, Ibu bapa Pelajar dan Guru Tabika KEMAS.

 

Tujuan

Tujuan program disertai adalah untuk bersama-sama ibubapa dan komuniti  membersihkan kawasan sekitar Tabika KEMAS Kg Tui 1 Bukit Kepong.

Aktiviti

Program bermula dengan penerangan ringkas tentang program dan pembahagian kepada kumpulan-kumpulan. Aktiviti pembersihan dilakukan secara berkumpulan dari semua sudut kawasan yang terlibat. Daripada aktiviti yang dijalankan ini, ianya dapat memupuk semangat bekerjasama dan mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan  komuniti selain menyemarakkan lagi budaya tolong-menolong dalam memperkasakan semangat perpaduan dikalangan masyarakat.

Gambar disini