Tarikh | : 19 April 2018 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Usahawan IKS |
Tujuan
Tujuan latihan dijalankan adalah untuk mendidik dan memahirkan peserta dari segi kemahiran pemasaran di dalam perniagaan dan mendedahkan peluang yang boleh dicapai melalui kuasa media sosial.
Aktiviti
Latihan dimulakan dengan mendedahkan peserta kepada media sosial dan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Melalui media, peserta diajarkan cara mengiklankan sesuatu produk dengan lebih cekap dan berkesan serta berdaya saing yang tinggi. Peserta juga diajarkan cara mendapatkan info-info serta peluang-peluang yang baru yang mana mampu menjadikan sesuatu perniagaan itu lebih berpotensi. Peserta juga diberikan pendedahan kepada factor-faktor kekuatan dalam pemasaran bagi sesuatu perniagaan.