Tarikh : 30 Ogos 2018
 Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Wanita & Belia Mukim Bukit Kepong

 

Tujuan

Latihan Keusahawanan E-Rezeki ini dianjurkan bertujuan membantu dan memperkenalkan kepada para peserta terutamanya yang berpendapatan rendah dalam menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform atas talian kendalian Malaysia Digital Economi Corporation (MDEC).

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat ringkas tentang program E-Rezeki anjuran Malaysia Digital Economi Corporation (MDEC) dan fungsi Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong sebagai ejen. Peserta dikehendaki mempunyai akaun gmail terlebih dahulu sebelum memulakan latihan dimana peserta yang tiada akaun gmail tersebut diajarkan mencipta akaun gmail bagi memudahkan urusan pendaftaran program E-Rezeki tersebut. Setelah mempunyai akaun gmail, para peserta diajarkan mendaftar akaun E-Rezeki dan mendaftar masuk ke akaun masing-masing. Di dalam platform tersebut, para peserta dikehendaki melengkapkan profil masing-masing dengan melengkapkan segala maklumat yang diperlukan termasuk maklumat pembayaran imbuhan bagi setiap tugas yang dilaksanakan. Seterusnya peserta diperkenal dan didedahkan dengan jenis-jenis dan kategori-kategori tugasan yang boleh dilaksanakan oleh para peserta bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakan masing-masing. Diakhir latian, para peserta menjalani sesi bergambar bersama petugas Pusat Internet sebelum jamuan ringan yang disediakan.

Gambar disini