Tarikh | : 04 September 2018 |
Masa | : 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Usahawan - Zulain Bin Samsuddin |
Tujuan
Tujuan latihan keusahawanan ini dijalankan adalah untuk mendedah dan memahirkan peserta mencipta sebuah kertas kerja bagi sesuatu permulaan perniagaan melalui aplikasi Microsoft Office Word.
Aktiviti
Latihan dimulakan dengan mendedahkan peserta kepada jenis-jenis kertas kerja dan mengenalpasti jenis kertas kerja yang ingin dicipta mengikut format tertentu. Peserta juga didedah dan diterangkan kepada fungsi-fungsi menu yang tersedia di aplikasi Microsoft Office Word sebelum memulakan latihan. Peserta dibimbing langkah demi langkah sehingga tercipta sepenuhnya kertas kerja yang diinginkan.