Tarikh : 05, 06 & 12 September 2018
 Masa : 4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Dan Tabika KEMAS

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Bahasa Melayu ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran Bahasa Melayu Khusus untuk murid peringkat awal kanak-kanak dengan melatih pelajar menggunakan laman tertentu dan peralatan pembelajaran tertentu sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar didedahkan kepada penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu iaitu dari aspek ejaan dan pertuturan melalui tutorial di laman web pendidikan tertentu. Bantuan pendidikan yang berkisar kepada teknologi digital masa kini dilihat mampu mempengaruhi tahap penguasaan pelajar disamping menarik minat pelajar untuk lebih cenderung kepada sesuatu subjek yang dipelajari. Selaian itu, pelajar juga didedahkan kepada pembelajaran di dalam permainan dengan menggunakan peralatan pembelajaran tertentu seperti Flash Card ABC.

Gambar disini