Nama   : Nor Afifah binti Senin

Umur    : 20 Tahun

Ahli       : 4 Ogos 2016

Latar belakang

Cik Nor Afifah Binti Senin seorang belia yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan. Beliau telah membuat kueh Mueh Sejuk Beku. Oleh kerana, beliau tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya tinggal di rumah sahaja, maka peluang untuk beliau membuat kueh mueh sejuk beku ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Beliau merupakan anak ke-5 daripada 7 adik beradik, sentiasa berusaha untuk membantu keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI beliau sukar untuk mendapatkan bahan yang diperlukan dan kurangnya aktiviti bersama komuniti setempat. Perniagaan beliau hanya melalui lisan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, Cik Nor Afifah dapat meluaskan perniagaannya dan di bantu oleh petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong dari segi promosi dan pemasaran selain pengurusan perniagaannya dengan lebih cekap dan berkesan melalui kelas-kelas dan kursus-kursus yang dianjurkan. Beliau juga ada menjalankan perniagaan secara online.

Nama   : Md Hasahid bin Md Dom

Umur    :  39 Tahun

Ahli       : 03 Mei 2012

Latar Belakang

En. Md Hasahid Bin Md Dom merupakan anak jati Bukit Kepong, Muar. Beliau menjalankan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah membaja dan memetik buah kelapa sawit sebagai punca pendapatan bagi menampung kos perbelanjaan harian beliau. Dengan cabaran ekonomi dan kos sara hidup yang kian meningkat, beliau membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan secara persendirian yang mana dilihat mampu menangani kos sara hidup yang membelenggu dan mempunyai potensi untuk terus maju di masa akan datang. Bersesuaian dengan faktor lokasi dan kekuatan atas permintaan, beliau memilih untuk menjalankan perniagaan penghantaran dan servis gas ke rumah. Dengan itu beliau berusaha melakukan penyelidikan terhadap jenis perniagaan tersebut dan mendaftarkan perniagaan beliau dengan pengiktirafan yang diperolehi daripada KPDNKK dan pihak BOMBA.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum beliau melibatkan diri dengan penggunaan ICT dan rujukan daripada petugas PI, beliau mengalami sedikit kekangan dan kesukaran termasuk dari segi mendapatkan maklumat perniagaan dan cara mendaftarkan perniagaan terutama perniagaan yang melibatkan bahan api. Selain itu, beliau juga mengalami kesukaran yang dilihat pada teknik pemasaran yang bakal dilakukan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Petugas Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong, beliau berjaya menangani masalah yang dialami dan dapat menjalankan kajian terhadap jenis perniagaan yang dilakukan secara atas talian dan melakukan rujukan-rujukan tertentu dalam menambahbaik perniagaan yang dijalankan. Selain itu, beliau juga telah mempunyai saluran-saluran tertentu dalam memastikan promosi perniagaannya berjalan lancar melalui platfom media sosial seperti Facebook, Gmail, WhatsApp dan MyShop Dashboard Komuniti yang didedahkan secara berterusan kepada beliau.

MdHasahidBinMdDom1 MdHasahidBinMdDom2

 Nama  : Normaizan Binti Nordin
 Umur  : 48 Tahun
 Ahli  : 01 Mac 2018

 

Latar Belakang

Puan Normaizan Binti Nordin merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak yang telah berjaya dalam pendidikan. Beliau telah kehilangan suami hampir 7 tahun yang lalu. Hasil peninggalan rumah yang dibuat oleh arwah suaminya dahulu, beliau nekad untuk menjadikan rumah peninggalan itu sebagai homestay.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dan program yang dianjurkan Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, beliau hanya mempromosikan di sekitar kampung dan hebahan pengungjung yang telah menyewa homestay beliau.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui aktiviti dan program anjuran Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, Puan Normaizan mula mempelajari teknik dan peluang perniagaannya dengan kelas-kelas dan kursus-kursus serta program-program yang dianjurkan. Bermula dengan medium pemasaran MyShop, kini Puan Normaizan lebih aktif melakukan promosi di media sosial lain seperti Facebook dan Instagram. Beliau juga semakin bijak dalam berkomunikasi hasil dorongan dan ilmu yang diperolehi dari Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong.

maizan manzann

 Nama  : Muhamad Faiz Bin Abdullah
 Umur  : 13 Tahun
 Ahli  : 21 Mei 2018

 

Latar Belakang

Muhamad Faiz Bin Abdullah merupakan salah seorang anak didik PI Kg Raja Bukit Kepong yang dikatakan keciciran dalam pelajaran. Disebabkan factor taraf hidup dan ekonomi keluarga, Muhamad Faiz terpaksa mengorbankan pendidikannya dalam situasi memahami keadaan semasa keluarga. Walaupun demikian, Muhamad Faiz tidak melepaskan peluang yang tersedia melalui Pusat Internet dengan menghadiri setiap kelas dan kursus serta aktiviti yang dianjur dari masa ke semasa menjadikannya seorang yang gigih dalam bidang ICT.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan kemudahan ICT di Pusat Internet, Muhamad Faiz dikatakan seorang yang agak murung dan ketinggalan di dalam arus perkembangan dan pembangunan pendidikan individu dan menjadikan Muhamad Faiz sebagai seorang yang tiada harapan serta ketinggalan dalam pelbagai aspek.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kemudahan ICT yang tersedia dan dorongan dari Pusat Internet  Kampung Raja Bukit Kepong, Muhamad Faiz terdedah kepada dunia pendidikan ICT secara keseluruhannya melalui kelas-kelas dan latihan-latihan serta kursus-kursus yang dianjurkan. Secara tidak langsung Muhamad Faiz telah menjalani satu proses transformasi dalam pembangunan diri dari seorang yang ketinggalan dari aspek pendidikan kepada seorang yang berkebolehan serta berketerampilan  di dalam bidang ICT.

MuhamadFaizAbdullah1  MuhamadFaizAbdullah2

 Nama : Muhammad Khoirul Nizam Bin Md Zamri
 Umur : 16 Tahun
 Ahli : Tahun 2016

 

Latar Belakang

Muhammad Khoirul Nizam Bin Md Zamri merupakan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Felcra Bukit Kepong, Muar. Beliau merupakan anak kedua dari 3 adik beradik dan merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan perkembangan teknologi ICT . Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia ICT masa kini banyak membantu generasi  muda dalam pelbagai aspek terutama di dalam pendidikan mahupun sosial. Justeru perkembangan dunia ICT ini dimanfaatkan oleh Muhammad Khoirul Nizam Bin Md Zamri terutamanya dalam pencarian maklumat-maklumat yang diperlukan dalam sesuatu tugasan persekolahannya.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan Muhammad Khoirul Nizam dalam kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Raja, beliau kurang aktif dan sukar mendapatkan maklumat pembelajaran dan maklumat semasa.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui penglibatan Muhammad Khoirul Nizam dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT. Kemudahan yang tersedia di Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas Pusat Internet Raja, Muhammad Khoirul Nizam kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.

khoirulnizam1 khoirulnizam2

Sub-kategori