Latar Belakang
Puan Siti Idayu Binti Md Zali merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai tiga orang anak. Walaupun sibuk menguruskan rumahtangga, beliau juga bijak mencari pendapatan sampingan melalui perniagaan kek dan kuih muih demi membantu ekonomi keluarganya. Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, kini beliau semakin dikenali dan mula mengorak langkah dalam perkembangan perniagaannya.
Melalui aktiviti dan program anjuran Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, Puan Siti Idayu mula mempelajari teknik dan peluang perniagaannya dengan kelas-kelas dan kursus-kursus serta program-program yang dianjurkan. Bermula dengan medium pemasaran MyShop, kini Puan Siti Idayu lebih aktif melakukan promosi di media sosial lain seperti Facebook dan Instagram. Beliau juga semakin bijak menguruskan segala data perniagaannya termasuk untung dan rugi hasil dorongan dan ilmu yang diperolehi dari Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong.