MARYANI HAMZAHMARYANI HAMZAH1


Latar Belakang

Puan Maryani Binti Hamzah merupakan salah seorang penduduk Kampung Sawah Laku Bukit Kepong yang tidak asing lagi dengan hasil jahitan pakaian yang begitu halus. Memiliki sebuah syarikat jahitan yang dikenali sebagai  U.S.F.A.R Enterprise yang terkenal di kawasan sekitarnya, Puan Maryani menjadikan sebuah bangunan bersebelahan rumahnya sebagai tempat beliau mencetuskan hasil jahitannya sehingga mampu menerima tempahan samada daripada masyarakat sekitar Bukit Kepong itu sendiri mahupun daripada pelanggan dari luar kawasan. Permulaan status sebagai suri rumah, beliau mula mempelajari teknik jahitan melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh KEMAS dan Giatmara dan kini beliau menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa dan memperolehi sambutan yang amat menggalakkan. 

Melalui kemudahan ICT yang meluas kini Puan Maryani mampu meletakkan perniagaannya dikedudukannya tersendiri dan menelopori salah satu perniagaan yang terkenal dengan hasil jahitan yang halus dan terkemuka di dalam industri dengan kaedah promosi yang lebih cekap dan berkesan. Dengan kaedah promosi secara atas talian, Puan Maryani kini menerima tempahan dari pelanggan yang bukan hanya dari sekitar kawasan Bukit Kepong malah beliau turut menerima tempahan dari pelanggan yang datang dari luar daerah. Jumlah pelanggannya juga kini bertambah dan menjadikan Puan Maryani tidak menang tangan dalam menyiapkan semua tempahan yang diterimanya khususnya di musim perayaan.  

 

Sub-kategori