Nama | : Muhamad Shahriezat Bin Sharil |
Umur | : 13 Tahun |
Ahli | : Tahun 2014 |
Latar Belakang
Muhamad Shahriezat Bin Saharil merupakan pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Kepong, Muar. Beliau merupakan anak bongsu dari 2 beradik dan merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan perkembangan teknologi ICT masa kini. Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia ICT masa kini banyak membantu generasi muda dalam pelbagai aspek terutama di dalam pendidikan mahupun sosial. Justeru perkembangan dunia ICT ini dimanfaatkan oleh Muhamad Shahriezat terutamanya dalam pencarian maklumat-maklumat yang diperlukan dalam sesuatu tugasan persekolahnya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penglibatan Muhamad Shahriezat dalam kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Raja, beliau dikatakan kurang aktif dan mempunyai keyakinan yang agak lemah untuk menggunakan peralatan perkomputeran dan memerlukan bantuan dari individu-individu disekelilingnya untuk melaksanakan sesuatu tugasan persekolahannya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui penglibatan Muhamad Shahriezat dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT. Kemudahan yang tersedia di Pusat Intenet juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, Muhamad Shahriezat kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.
Nama | : Misridah Binti Ismail |
Umur | : 46 Tahun |
Ahli | : Tahun 2010 |
Latar Belakang
Puan Misridah Binti Ismail merupakan salah seorang penduduk Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong yang menyerikan lagi industry kraftangan Bukit Kepong, Muar. Usahawan yang berusia 46 tahun ini merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang memanfaatkan masa terluangnya dengan hasil kraftangan bermutu tinggi dan berada di tempatnya yang tersendiri di dalam industry. Menekankan kualiti produk kraftangannya, kini Puan Misridah mula dikenali umum dan menerima tempahan dari pelbagai pihak.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan aktiviti serta program-program anjuran Pusat Internet Kampung Raja, beliau hanya menjalankan aktiviti kraftangannya secara kecil-kecilan dan hanya sekadar memenuhi kehendak minatnya. Mengisi masa lapangnya sebagai hobi, Puan Misridah mula berjinak-jinak untuk memasarkan produk kraftangannya dengan masyarakat sekitar kampung hasil idea dan cadangan dari suami dan anak-anaknya.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Setelah melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, Puan Misridah mula mengintai peluang-peluang perniagaan produk kraftangannya dengan lebih meluas melalui sokongan dan dorongan Pusat Internet Kampung Raja. Tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong banyak membantunya dari segi promosi dan pemasaran selain pengurusan perniagaannya dengan lebih cekap dan berkesan melalui kelas-kelas dan kursus-kursus yang dianjurkan.
Latar Belakang
Puan Siti Idayu Binti Md Zali merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai tiga orang anak. Walaupun sibuk menguruskan rumahtangga, beliau juga bijak mencari pendapatan sampingan melalui perniagaan kek dan kuih muih demi membantu ekonomi keluarganya. Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, kini beliau semakin dikenali dan mula mengorak langkah dalam perkembangan perniagaannya.
Melalui aktiviti dan program anjuran Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, Puan Siti Idayu mula mempelajari teknik dan peluang perniagaannya dengan kelas-kelas dan kursus-kursus serta program-program yang dianjurkan. Bermula dengan medium pemasaran MyShop, kini Puan Siti Idayu lebih aktif melakukan promosi di media sosial lain seperti Facebook dan Instagram. Beliau juga semakin bijak menguruskan segala data perniagaannya termasuk untung dan rugi hasil dorongan dan ilmu yang diperolehi dari Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong.
Latar Belakang
Norul Jannah Binti Kamaruddin merupakan seorang petugas Perpustakaan Desa Kampung Raja Bukit Kepong. Status jawatan sebagai Pembantu Operasi memerlukan keyakinan dan keterampilan yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan selain berhadapan dengan komuniti setempat.
Melalui penglibatan Puan Norul Jannah dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Raja, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam sesuatu perkara. Kemudahan ICT yang tersedia di Pusat Intenet Kampung Raja Bukit Kepong juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, Puan Norul Jannah kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.
Latar Belakang
Encik Rohaizad Md Ahad merupakan salah seorang penduduk Kampung Raja Bukit Kepong yang tidak asing lagi dengan nama panggilan “Pomen”. Pemilik sebuah bengkel membaiki kereta ini juga merupakan seorang yang begitu aktif dikawasan Bukit Kepong dimana beliau juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Kampung Raja Bukit Kepong selain Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pagoh. Jawatan yang di sandang dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan tertentu menjadikan beliau seorang yang sibuk dan ketandusan masa dalam memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bengkel kereta miliknya.
Melalui kemudahan ICT yang meluas Encik Rohaizad telah menemui satu platform pemasaran yang berkesan untuk perniagaan membaiki kereta di bengkelnya. Dengan dorongan dan tunjuk ajar yang diperolehi dari sebarang aktiviti Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong yang disertai, ianya telah membuka peluang baru bagi Encik Rohaizad dalam mempromosikan perniagaannya dengan lebih cekap dan berkesan. Kemudahan yang tersedia di Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong digunakan sebagai salah satu medium yang membantunya dalam malakukan sebarang kajian dan carian berkenaan perniagaan yang dijalankan.