Nama     : Muhammad Syamil Bin Shaharuddin

Umur      : 15 Tahun

Ahli         : 2017

Latar belakang

Muhammad Syamil merupakan pelajar tingkatan 5 di sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepong, Muar. Beliau merupakan anak ke-4 dari 6 adik beradik dan merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan perkembangan teknologi ICT . Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia ICT masa kini banyak membantu generasi kanak-kanak dalam pelbagai aspek terutama di dalam pendidikan mahupun sosial. Justeru perkembangan dunia ICT ini dimanfaatkan oleh beliau terutamanya dalam pencarian maklumat-maklumat yang diperlukan dalam sesuatu tugasan persekolahannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dalam NADI, beliau menyatakan amat sukar untuk mencari bahan rujukan, dan kurang mahir dalam komputer dan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui penglibatan Muhammad Syamil dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Makluman Nasional (NADI) Kg Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT, pembelajaran STEM dan juga Artificial Inteligence(AI). Kemudahan yang tersedia di NADI juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas NADI Kg Raja, Muhammad Syamil kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.Beliau juga aktif dalam aktiviti sekolah, dan mahir berkomunikasi serta aktif bersukan.Beliau juga sering mengikuti kelas computer setiap minggu yang dianjurkan NADI Kg Raja Bukit Kepong.

 

Untitled design 2

Nama     : Muhammad Alif Haikal bin Mohd Jokhairi

Umur      : 16 Tahun

Ahli         : 2017

Latar belakang

Muhammad Alif Haikal Bin Mohd Jokhairi merupakan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong, Muar. Beliau merupakan anak sulong dari 2 adik beradik dan merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan perkembangan teknologi ICT . Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia ICT masa kini banyak membantu generasi remaja dalam pelbagai aspek terutama di dalam pendidikan mahupun sosial. Justeru perkembangan dunia ICT ini dimanfaatkan oleh Muhammad Alif Haikal terutamanya dalam pembelajaran melalui online atau internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan dan penggunaan ICT Muhammad Alif Haikal tidak mahir menggunakan komputer. Dan kurang kemahiran dari segi komunikasi serta tidak mahir untuk memanfaatkan internet dalam pembelajaran seharian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui penglibatan Muhammad Alif Haikal dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh NADI Kg Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT. Kemudahan yang tersedia di NADI juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas NADI Kg Raja, Muhammad Alif Haikal kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.Beliau dilantik menjadi pengawas pusat sumber sekolah. Beliau juga telah menyertai kejohanan memanah lelaki 15 tahun MSSD Muar 2023.

 

ALIFF

Nama     : Nur Ain binti Zulkafli

Umur      : 35 Tahun

Ahli         : 2014

Latar belakang

Puan Nur Ain Zulkafli merupakan usahawan Wanita di bukit kepong. Beliau mempunyai 5 orang anak . Kegigihan beliau dalam membuka perniagaan nursery yang diberi nama “Tentang Tumbuh” ini membuahkan pendapatan yang agak menarik serta menjadikan beliau seorang yang bekerja keras.Beliau merupakan ahli NADI Kg Raja Bukit Kepong semenjak tahun 2014 lagi, beliau berminat untuk menggunakan khidmat bimbingan usahawan yang ditawarkan oleh NADI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dan program yang dianjurkan NADI, beliau hanya mempromosikan dari mulut ke mulut, dan kurang mendapat sambutan. Serta beliau tidak berapa mahir menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui aktiviti dan program anjuran NADI Kampung Raja Bukit Kepong, Puan Nur Ain mula mempelajari teknik dan peluang perniagaannya dengan kelas-kelas dan kursus-kursus serta program-program yang dianjurkan. Dengan bantuan bimbingan petugas NADI, Puan Nur Aini lebih aktif melakukan promosi di media sosial lain seperti Facebook,Shopee dan Tiktok. Beliau juga semakin bijak dalam berkomunikasi hasil dorongan dan ilmu yang diperolehi dari NADI Raja Bukit Kepong. Selain dari platform digital, beliau juga memasarkan jualan nya di pasar tani serta karnival yang terdapat di area Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

 

ainzulkafli

Nama     : Muhammad Aiman Haziq bin Mohd Jokhairi

Umur      : 11 Tahun

Ahli         : 2024

Latar belakang

Muhammad Aiman Haziq Bin Mohd Jokhairi merupakan pelajar tahun 5 di sekolah Kebangsaan Bukit Kepong, Muar. Beliau merupakan anak ke-2 dari 2 adik beradik dan merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan perkembangan teknologi ICT . Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia ICT masa kini banyak membantu generasi kanak-kanak dalam pelbagai aspek terutama di dalam pendidikan mahupun sosial. Justeru perkembangan dunia ICT ini dimanfaatkan oleh Muhammad Aiman Haziq terutamanya dalam pencarian maklumat-maklumat yang diperlukan dalam sesuatu tugasan persekolahannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dalam NADI,  beliau menyatakan amat sukar untuk mencari bahan rujukan, dan kurang mahir dalam komputer dan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui penglibatan Muhammad Aiman Haziq dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Makluman Nasional (NADI) Kg Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT dan pembelajaran STEM. Kemudahan yang tersedia di NADI juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas NADI Kg Raja, adik Aiman Haziq kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.Beliau juga aktif dalam aktiviti sekolah, dan mahir berkomunikasi. Beliau juga diberi kepercyaan oleh pihak sekolah untuk menjadi pengawas bagi sesi 2024/2025. Adik Aiman Haziq juga telah menyertai pertandingan Zapin, dan Naib johan Syarahan Bahasa arab peringkat daerah Muar 2023.

 

haziq

Nama     : Nur Aini binti Samot

Umur      : 33 Tahun

Ahli         : 2021

Latar belakang

Puan Nur Aini Samot merupakan seorang ibu yang mempunyai seoranmg anak. Beliau yang pernah mengambil kursus jahitan di giat mara segamat mengambil peluang membuat kraftangan jahitan mengait, walaupun pada awalnya sebagai satu hobi, hasil mengait beliau mendapat sambutan antara keluarga dan rakan yang terdekat. Beliau merupakan ahli NADI Kg Raja Bukit Kepong semenjak tahun 2021 lagi, beliau berminat untuk menggunakan khidmat bimbingan usahawan yang ditawarkan oleh NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dan program yang dianjurkan NADI, beliau hanya mempromosikan dari mulut ke mulut, dan kurang mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui aktiviti dan program anjuran NADI Kampung Raja Bukit Kepong, Puan Nur Aini mula mempelajari teknik dan peluang perniagaannya dengan kelas-kelas dan kursus-kursus serta program-program yang dianjurkan. Dengan bantuan bimbingan petugas NADI, Puan Nur Aini lebih aktif melakukan promosi di media sosial lain seperti Facebook dan Tiktok. Beliau juga semakin bijak dalam berkomunikasi hasil dorongan dan ilmu yang diperolehi dari NADI Kg Raja Bukit Kepong.

 

ainisamot

 

Sub-kategori